Tuesday, November 4, 2014

Salam Perkenalan dari Orang Baru

**Rindu Menaip !_! 

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah setahun++ tak menjengah blog ni... Gaya macam dah tinggal terus je... Tapi sebenarnya masih bernyawa lagi blog ni... Alhamdulillah tuan empunya blog masih diberi kesempatan untuk menikmati kebesaran Allah di muka bumi ini lagi :)

First of all, aku nak perkenalkan insan baru dalam keluarga kecik kami... Muhammad Izz Daniel nama diberi...


Dari 1st day sampai umur sebulan

5 bulan yang lalu, Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan putera sulung kami, 5 Jun 2014 jam 5.16AM seberat 2.63kg di Hospital Umra, Seksyen 13, Shah Alam.

Nak cerita pengalaman bersalin, rasanya macam dah basi kan? Tapi kalau aku ada rasa keinginan dan kerajinan nak menaip, Insyaa Allah ada la post pengalaman beranak tu nanti...


Pengarang jantung ibu & abah


"Bak sini tepon tu... asek nk snap2 je ibu ni... hihi.."


Dear baby, dont grow too fast because I will miss your cute smile, laugh and your voice when u want your milk =)

Selepas kawen, kehidupan sedikit berubah..berubah 180°... bila dah ada baby, 360°... Bak kata mak
bila dah ada anak, tak boleh tidur macam bujang2 dulu... Bangun kena awal... Tengah mencuba untuk menjadi isteri n ibu mithali :D :D :D

0 comments:

Post a Comment

 

Template by Web Hosting Reviews