Tuesday, September 24, 2013

Anipmint Akhirnya Bersatu

Alhamdulillah... tiada ucapan yg dapat aku ungkap selain Alhamdulillah... kami telah disatukan dengan sekali lafaz...

14 September 2013 bersamaan 8 Zulkaedah 1434H kami telah diijabkabulkan. Perasaan yg sukar digambarkan... Gembira + sedih... Sedih kegembiraan... Ada orang yg sanggup menerima segala kekurangan diri aku ni... Melayan pelbagai kehendak dan kerenah... Selama 8 tahun, segala baik buruk aku diterima dan bermula 14 September ni la bermula fasa baru untuk kami mengenali luar dalam diri kami... Nasihat dari orang tua2 tak payah cakap la, macam2... semuanya utk keharmonian bersama... SABAR... itu kuncinya... hilang sabar, hilanglah MANISnya... dah 12 hari aku bergelar ISTERI kepada beliau, walaupun 12 hari satu tempoh masa yg singkat, tapi perkataan sabar tu amat penting...



Insyaa Allah walau apa jua dugaan dalam hubungan kami, aku harus tabah... dan semoga Allah sentiasa memberkati dan melindungi kami... Setia hujung nyawa....

:)

Friday, September 6, 2013

Countdown

Countdown utk bercuti... Lupakan masalah kerja... Lupakan segala permasalahan... Fokus pada persiapan... Seminggu lagi... Tapi rasa macam nak sebulan lagi nk settle macam2 perkara... Semoga dipermudahkan segala urusan hambaMu ini... Aminnn...

Mrs. Hanif to be....
Wednesday, September 4, 2013

Cough cough cough

Penat....
batuk makin worst...
tidur batuk... berjaga batuk... mandi batuk...
moga kesihatan semakin pulih...

8days to go :)
Tuesday, September 3, 2013

Ujian Sakit itu Penghapus Dosa

As Salam,

Start hari Jumaat rasa tak sedap tekak, ni tanda-tanda nk demam... Lama dah tak demam... Kali ni demam rasa sakit sangat... Malam tu menggigil kesejukan... dah selimut pun tak ada effect.. tutup kipas pn still rasa kesejukannya... badan lenguh-lenguh... Ni demam sebab kurang rehat kot... Dari hari Jumaat hari tu aku dah start cuci rumah & angkat barang... kerja2 berkenaan berterusan sampai hari Ahad... hujung minggu masa untuk berehat, aku pulak buat kerahan tenaga... Bukan nak mengeluh sakit... tp bila menjaga diri sendiri tika demam, amatlah sedih.. mujur ada kawan yg baik hati, tolong bawa ke klinik... Thanks Wawa...

Untuk positifkan diri, Allah beri sakit untuk kita untuk muhasabah diri.. penghapusan dosa2 kita... Alhamdulillah, hari ni better dari semalam... cuma batuk je la lagi... semoga kesihatan bertambah baik untuk menempuh hari bahagia nanti...


nervous? belum lagi... byk sangat perkara nk pikir...

Sunday, September 1, 2013

Pagi Isnin

Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah ni... Pagi ni, bangun awal dari biasa... Encik Hanif pesan, gerak la dalam 6setengah, cuba tengok jalan jem macam mana... Dok terkial2 pagi tadi, maklum la, barang2 semua dalam kotak, nk amik ni dalam kotak lain, tu dalam kotak lain... Pukul 7 juga gerak.. Percubaan hari pertama, lalu laluan tanpa tol... Ok la.. Tak ada la jem sangat, dah masuk kawasan seksyen 13 baru jem... Dan aku sampai ofis pukul 8... wah2... awal dari kebiasaan... Biasa masuk dh ada orang kt ofis, ni kena buka kunci pintu sendiri.. Tunggu 15 minit, tak ada orang lg... "Eh, hari ni cuti ganti merdeka ke?" hehehe... biasa la... aku dlu pn 8setengah baru nk msuk ofis... tu la timing biasa org sampai... Itu je cerita pagi ni... Harapnya istikhamah la nak pergi kerja awal...

rumah tunggang langgang lagi...
 

Template by Web Hosting Reviews